top of page

Implikasi Kesan Stratifikasi Sosial terhadap Komuniti Sekolah dan Pendidikan

image.png

Isu Ketidaksamaan dalam Infrastruktur Sekolah

Guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk masa depan murid terutama di kawasan pedalaman di mana akses kepada sumber daya pendidikan mungkin terhad. Memiliki pelbagai kaedah pengajaran adalah kunci untuk memastikan guru dapat mengajar dengan berkesan dalam pelbagai konteks di sekolah kawasan pedalaman.

 

Langkah yang boleh diambil oleh guru adalah memberi penekanan kepada aspek emosi dalam pengurusan bilik darjah untuk mencipta suasana mesra sosiobudaya. Emosi tidak boleh diabaikan oleh guru kerana pengurusan emosi yang berkesan dapat meningkatkan motivasi murid. Ini membolehkan murid sentiasa bersemangat semasa menghadapi cabaran dalam proses menuntut ilmu pengetahuan (Mamat, 2016).

 

Guru perlu memberikan perlakuan yang adil kepada semua murid tanpa memihak kepada sesiapa. Contohnya, guru harus bersikap adil dalam memberikan ganjaran, hukuman dan peluang kepada murid tanpa sebarang diskriminasi. Sikap keterbukaan minda dan komitmen guru untuk memperlakukan semua murid secara adil dapat membentuk pengurusan emosi murid yang positif.

 

Menurut Nurzawani (2014), suasana yang positif di kalangan murid yang diwujudkan melalui pengurusan emosi yang efektif oleh guru dapat memberi dorongan kepada murid untuk menyelesaikan tugas-tugas dengan lebih berkesan. Oleh itu, penting bagi guru untuk memahami dan menguruskan emosi murid dengan bijak demi meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik mereka.

 

Di samping itu, program pembestarian sekolah merupakan langkah yang berkesan dalam meningkatkan taraf pendidikan di kawasan luar bandar dan pedalaman. Program pembestarian sekolah yang melibatkan penyediaan kemudahan seperti makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi adalah langkah yang sangat positif dalam meningkatkan kualiti pendidikan terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Melalui pelaksanaan program ini, sekolah-sekolah di kawasan tersebut dapat mengejar kemajuan teknologi dan memastikan murid-muridnya mempunyai akses yang sama kepada sumber-sumber digital dan pendidikan dalam talian.

Isu Ketidaksamaan Kelas Sosial

image.png

Kesan kelas sosial dalam konteks pendidikan sering kali mencipta ketidaksamaan atau ketidaksamarataan dalam peluang pendidikan. Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam menangani isu kesamarataan kelas sosial di dalam bilik darjah. Antara cara yang boleh dilakukan oleh seorang guru adalah dengan memberi perhatian dan bersifat lebih sensitif supaya murid yang datang dari kelas sosial yang rendah tidak berasa tersisih dan malu terhadap rakan mereka yang dari kelas sosial atasan. Sehubungan itu, guru juga harus menerapkan nilai murni di dalam kelas yang mempunyai perbezaan kelas sosial dengan menggalakkan murid dari kelas atasan untuk saling membantu murid dari kelas sosial bawahan dan meningkatkan keyakinan diri murid kelas sosial bawahan.

Tindakan yang diambil oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak swasta untuk menghulurkan bantuan kepada murid-murid adalah langkah yang sangat penting dalam mengurangkan beban keluarga dan membantu meningkatkan keupayaan mereka untuk bersekolah dengan lebih baik. Pelbagai bentuk bantuan termasuk bantuan kewangan dan bantuan barang keperluan seharian dapat memberikan sokongan yang signifikan kepada murid-murid dari keluarga kelas bawahan.

bottom of page