top of page
Language Studies

Kesan-kesan Stratifikasi Sosial dan
Faktor-faktor Kepelbagaian Sosiobudaya

Pengenalan

Stratifikasi sosial boleh ditakrifkan sebagai pembahagian masyarakat kepada lapisan-lapisan sosial yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor seperti status ekonomi, sosial atau budaya. Menurut Ting Chew Peh (1979), kehidupan masyarakat sosial yang berlainan dalam susunan lapisannya diberi keistimewaan dan peluang kehidupan seperti memperoleh tuntutan, menikmati kemewahan dan juga mencapai matlamat kehidupan sosial. Sehubungan itu, stratifikasi sosial akan mewujudkan ketidaksamaan dalam akses kepada sumber daya dan peluang serta memberi impak kepada pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk pendidikan.

Sosiobudaya didefinisikan sebagai amalan gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat berkenaan (Rosfazila Abd Rahman, 2019). Di Malaysia, kepelbagaian penduduk telah mewujudkan kepelbagaian budaya yang menjadi pegangan dan amalan hidup mereka. Lebih-lebih lagi, kepelbagaian kaum di Malaysia memberi kesan yang signifikan kepada kewujudan kepelbagaian sosiobudaya di sekolah (Rahim, et.al, 2020).

 

Kedua-dua konsep stratifikasi sosial dan sosiobudaya saling berkait rapat kerana stratifikasi sosial sering kali berkorelasi dengan faktor-faktor sosiobudaya. Misalnya, golongan etnik tertentu mungkin menghadapi diskriminasi atau keterpinggiran sosial yang berkait rapat dengan faktor sosiobudaya seperti kepercayaan agama atau budaya mereka. Guru mungkin menghadapi masalah tentang tahap pergaulan antara murid yang berlainan kaum pada tahap tidak mesra (Badaruddin, et.al, 2021). Murid-murid tidak ingin sekumpulan dengan rakan yang berlainan kaum kerana kurangnya pemahaman tentang amalan masyarakat lain. Ini menyebabkan murid mempunyai sikap prasangka dan prejudis antara kaum terutamanya di sekolah aliran vernakular. Oleh hal yang demikian, dalam penulisan ini, tiga perkara utama iaitu kesan-kesan stratifikasi sosial dan faktor-faktor kepelbagaian sosiobudaya serta implikasinya terhadap komuniti sekolah dan pendidikan akan dibincangkan.

Isi Kandungan

Kesan-kesan Stratifikasi Sosial terhadap Pendidikan

Institusi sosial

Sekolah

Keluarga

Masyarakat

Faktor-faktor Kepelbagaian Sosiobudaya

Bangsa

Bahasa

Struktur sosial
Agama

Implikasi Kesan Stratifikasi Sosial terhadap Komuniti Sekolah dan Pendidikan

Isu Ketidaksamaan dalam Infrastruktur Sekolah

Isu Ketidaksamaan Kelas Sosial

Implikasi Faktor Kepelbagaian Budaya terhadap Komuniti Sekolah dan Pendidikan

Bahasa
Layanan guru
Jantina
Pencapaian akademik

bottom of page